Assalamualaikum dan hai semua :)
sebelum aku start cerita pasal tajuk kat atas tu, aku nak tanya korang.. Sanggup ke korang aniaya mak tiri sendiri even mak tiri korang tu tak pernah buad jahat kat korang ? (*this kind of quest is for they who has step mother) kalau aku la kan mak tiri tu, aku memang tak bagi chance sikit pun kat anak tiri aku yang kurang ajar nak mampus . ok kisah dia macam ni.. macam aku pernah cerita lah.. mak aku kahwin lagi di usia aku baru enam tahun. tapi mak aku ni bini kedua lah.. kalau dah bini kedua tu, ehem paham2 jelah kan layanan mcm mana mak aku dapat. bukan nya sebab BINI MUDA selalu dimanja kan lebih.. tapi ditindas oleh keluarga bini tua lagi ada lah.. kalau aku kat tempat mak aku, aku tak tau lah aku boleh bertahan ke tak.. sakit wehh.. pedih sangat jadi mak aku ni.. semakin lama perjalanan rumah tangga dorang , semakin dah takde seri.. mak aku macam takde suami dah.. suami tu dihasut2 lah supaya jangan bagi nafkah kat mak aku ni.. then mak aku memang MAMPU kalau cuma niaga nasi lemak dengan penat lelah bayar bil semua dengan sendiri nya. dengan nak support aku lagi kan.. memang tak lah nak sebut perkataan MAMPU tu. then one day , ayah tiri aku ni jatuh sakit and masuk ICU lama tak keluar2. bayangkan , ayah tiri aku yang annoying tu masuk hospital , tapi mak aku siang malam jaga makan minum basuh berak dia semua. tapi sikit pun mak aku tak berkira. sebaliknya side bini tua yang lebih2 bising kat dia. masa tu ayah aku belum arwah lagi, tapi ada laaa makhluk tuhan (abang tiri,kakak tiri1 and kakak tiri2) dah bising2 tanya aku and mak aku pasal harta ayah dia yang ada kat aku and mak aku. ishh. bengang seyh. yelah.. motor yang aku pakai dulu tu arwah ayah tiri aku bagi aku pakai sampai bila bila. tapi abang tiri aku datang tuntut laa harta dia. ehh kau tu dah la tak ngam dengan bapak kau sendiri, tetiba kau datang tanya2 barang dia. kau sedar tak apa kau buad? aku tak hengen lahh harta bapak kau sesen pun. ambik lahh semua nya .. tapi beringat lah sikit. buat apa kau buad smpai macam tu sekali.. wehh tu mak tiri kau tau. BINI bapak kau. ish angin je aku bila teringat ape kau buad kat mak aku. then pasal rumah yang aku and mak aku duduk skang ni.. memang lah takde hitam putih.. tapi arwah sendiri cakap , duduk lah rumah ni sampai mak aku mati. rumah yang mak aku duduk ni, kau pun nak jugak? NAK JUGAKKKK?? woiii . rumah mak aku duduk tu sekangkang kera je tau . rumah kau tu haa bangloo. kalau iye pun nak farahid kan harta arwah bapak kau, kenapa baru sekarang?? lepas kau habis kan hampir semua harta bapak kau , baru sekarang kau nak bahagi harta? lepas arwah bapak kau dah mati awal dua tahun yang lepas baru kau nak buat sekarang? hek elehhh.. dah lah bapak kau sesen pun tak bagi nafkah kat mak aku masa dia hidup. ada la jugak beberapa sen dia bagi.. kau tak sedar ke yang kau dah siksa mayat bapak kau sendiri dalam kubur tu? bodoh sombong lah korang semua. yang mak aku pun satu.geram betul . buad pe mama pegi sign perjanjian bodoh yang dorang buat tu maaa :( .. cukup laa adik siksa kat sini takde duit, then mama nak kene cari rumah lain lagi dalam masa terdekat. lagi laa adik tak de duit belanja. eee aku geram kenapa mak aku baik sangat haa dengan dorang. cukup lah kite dah menderita sebabkan sikap tamak dorang tu. to abang udin, kak ayu, and kak ida.. thanks laa buad nina and mama macam ni.. ambillah semua harta arwah abah awak tu.. awak tu tak sedar yang awak tu pun rampas suami orang. dulu kau sumpah2 mama aku, skang kau dapat balik..tahniah laa.. yang pasal rumah ni, takpe hari ni, hari kau.. esok kau tengok lah apa jadi balik kat kau.. perniagaan kau tu takkan maju sebab kau aniaya mak tiri kau sendiri and siksa arwah bapak kau dalam kubur. and please , aku geli laa dengar nasihat dari korang . cermin diri dulu baru tau nak nasihat. bahagi harta pe kejadah bodoohhh... kau tau hukum agama ke tak ha bodohh??? pfftttttt!!!!!!!!!!!!! Ya Allah.... kau berikanlah mama dan aku kekuatan yang cukup untuk hadapi hari yang mendatang ini Ya Allah.. sesungguhnya aku terima dengan redha atas ketentuan mu ini.. hentikanlah penderitaan kami ini Ya Allah.. aku sebak.. kenapa ada manusia yang setamak dan seangkuh itu dalam dunia kami ini ya allah :'( . kau bantu dan permudahkan lah segala urusan kami.. aku tau semua yang terjadi ni ada hikmahnya.. aku tau kau sedang jadikan aku seorang yang kuat dan tabah, macam mama.. semoga setiap perlakuan mereka di juri oleh mu.. ku serahkan segala galanya kepada mu Ya Allah , amin.. k the story will never end but aku tak larat dah nak fikir . sem ni aku kene buad yang terbaik untuk mama dan diri aku jugak.. aku nak tunjukkan kat dorang yang aku berjaya . aku nak buktikan kat mama yang aku boleh jaga dia ;') even sakit dan pedih , aku telan je. sebab penderitaan yang mak aku tanggung lagi besar dari aku.. so this sem yang dengan pelbagai aktiviti ni, aku hope aku tak give up. teringin bila semua wishes and hope aku jadi kenyataan. masalah duit tu.. em pandai2 lah aku hidup.. aku akan try semampu yang boleh ! tapi solat jangan tinggal pulak ye lina :) kbyeee tempat luahan hati..
No comments:
Post a Comment